Tuesday, April 25, 2017

Perpaduan Kaum Di Malaysia

MERDEKA..MERDEKA...MARI KITA BERSATU




Hasil carian imej untuk perpaduan kaum di malaysia


PENDAHULUAN

            Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik ,ekonomi , tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak  terdapat kaum Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli .Intergasi pula membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempuntai latar belakang yang berbeza ,lalu menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui  identiti bersama kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat.

           
Malaysia seperti negara lain yang ingin mencapai kemajuan dan negara kita sedang menuju negara maju berdasarkan Wawasan 2020  . Oleh itu untuk mencapai impian ini negara mestilah menyatupadukan semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti Rukun Negara , Dasar Pendidikan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan , Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara.Justeru itu semua kaum di Malaysia diwajibkan memahimi , menerima , menghormati dan mengamalkan nilai hidup dan identity yang sama bagi membentuk rakyat yang sama selaras dengan impian konsep  1Malaysia.






KEPENTINGAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK

                    Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang  mempunyai kepelbagaian kaum yang terdiri dari kaum Melayu , kaum Cina dan kaum India . Kaum-kaum ini juaga terdiri daripada pelbagai  agama, bahasa, budaya dan etnik yang tersendiri. Kaum Melayu terdiri daripada etnik Jawa. Bugis , Rawa , Banjar yang datang dari kepulauan Indonesia. Manakala kaum Cina terdiri daripada etnik Kwangsi, Hakka, hokien , Kantonis, Teochem dan Hainan. Bagi kaum India pula mereka terdiri dari kasta Maruthuvar,Vanniyar ,Thevar ,Nadar ,Yadhavar dan Adhi Dravidar. Kesemua etnik ini mempunyai bahasa yang berbeza dan cara hidup yang berbeza.


Oleh itu  kerajaan mestilah berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum.Selain itu juga  Integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara .Selaras dengan harapan pemimpin negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di negara . Lantaran itu Perdana Menteri Malaysia  iaitu Datuk Seri Najib bin  Tun Abdul Razak telah menekankan tentang pentingnya perpaduan kaum atau integrasi kaum di negara ini diperkukuhkan melalui slogannya iaitu ‘Satu Malaysia’ dengan perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati sesama kaum.


CABARAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

            Cabaran utama yang menghalang intergrasi kaum dan hubungan etnik di negara kita adalah bersangkutan dengan nilai hidup iaitu prasangka, perkauman , etnosentrisme , sosioekonomi  dan pemisahan fizikal. Kesemua perkara ini membawa perpecahan antara kaum dan etnik kerana mereka masih kukuh kepada peranan tradisional dan berpegang teguh kepada nilai-nilai yang terbatas antara kaum. Masalah hubungan etnik dan intergrasi kaum ini berpunca daripada dasar-dasar British ketika menjajah Tanak Melayu dulu. 


            Sikap prasangka buruk antara kaum dan mengutamakan etnik sendiri menjadi penghalang kepada perpaduan antara kaumdan bercorak generalisasi dan stereotaip di atas bukti-bukti yang tidak kukuh. Masalah prasangka buruk antara kaum ini bermula dari Era Penjajahan British yang menjalankan pemerintahan Dasar Pecah dan Belah yang telah menjarakkan perpaduan antara kaum. Begitu juga Era Pendudukan Jepun  yang telah mengamalkan sikap berat sebelah dengan semangat anti-Cina telah memberi peluang kepada kaum Melayu membabitkan diri dalam bidang perniagaan keadaan ini telah menimbulkan kemarahan kaum Cina . Setelah Jepun menyerah kalah kaum Cina telah mengambil tindakan dengan membalas dendam kepada kaum Melayu ,kesannya berlakulah pergaduhan antara kaum.

           
Manakala perkauman pula merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri dalam bidang politik ,ekonomi dan sosial atau kebudayaan dimana satu-satu etnik memntingkan kaumnya sendiri. Sikap perkauman ini boleh menwujudkan hubungan yang tegang dan menjarakkan sosial antara individu. Sikap perkauman ini boleh menghalang perpaduan rakyat sekali gus merencatkan kemajuan negara.[Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa unsure-unsur budaya sendiri adalah yang terbaik dari budaya etnik lain. Sikap ini menghalang interaksi dan pergaulan yang luas antara kaum dan etnik.


Kedudukan geografi juga mempengaruhi masalah integrasi kaum dan hubungan etnik kerana jarak yang jauh menyukarkan perhubungan dan sukar mengenali etnik lain. Sebagai contoh kedudukan Sabah dan Sarawak yang terpisah dengan Semenanjung Malaysia sukar untuk berhubung dan ia boleh menimbulkan prasangka antara kaum dan etnik.


USAHA INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK

Dalam Perlembagaan terkandung beberapa perkara yang menjurus kepada kesamarataan kaum seperti hak istimewa orang Melayu dan  Bumiputera dan kerakyataan bagi kaum Cina dan kaum India. Bagi hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera adalah bertujuan untuk membangunkan kaum Melayu  demi menyumbangkan kedudukan ekonomi dan sosial anata kaum. Kewujudan Akta keselamatan Dalam Negari  (ISA) adalah bertujuan menjaga kepentingan dan keselamatan dalam negeri dengan tujuan utama mencegah daripada sesiapa rakyat membangkitkan isu-isu sensitive di khalayak ramai bagi menjaga persefahaman rakyat.  Penyatuan parti-parti berbilang kaum seperti Barisan Nasional adalah sangat wajar bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan penuh kesamarataan.


Dalam bidang ekonomi pula ketidaksamarataan telah mewujudkan jurang yang sangat besar antara kaum dan etnik dan ia menjadi penghalang kepada integrasi dan perpaduan kaum serta etnik.  Lantaran itu kerajaan telah mewujudkan usahawan-usahawan Melayu dengan cara memberi bantuan, pinjaman ,lessen dan kontrak pekerjaan. Di samping itu juga agensi kerajaan seperti PERNAS,MARA dan UDA turut membantu orang Melayu dengan aktif terutama dalam bidang perniagaan agar matlamat Dasar Ekonomi Baru tercapai. Kerajaan juga mengalakkan kaum bumiputera membeli saham tajaan kerajaan seperti MARA dan PNB. Tidak ketinggalan juga kerajaan telah membangunkan tanah seperti FELDA, RISDA , KEJORA , KESEDAR dan FELCRA unbtuk mermbangunkan kedudukan ekonomi dan sosial kaum bumiputera.


Pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan pendekatan agropolitan akan dilaksanakan untuk pembangunan pertanian kepada masyarakat Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pemberian tanah ini untuk golongan ini akan membolehkan mereka memajukan dengan bantuan kerajaan. Di samping itu mereka turut diberi akses yang lebih baik kepada infrastruktur  dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan kemahiran. Kerajaan tidak mahu ada golongan atau kumpulan yang tertinggal dalam pelaksanaan RMK 10 kerana keadilan sosial perlu diutamakan. Pemberian tanah serta usaha memajukan pertanian secara berkelompok  membolehkan mereka menikmati pendapatan yang lebih lumayan.

           
Dalam bidang sosial dan kebudayaan amalan pengkongsian pelbagai kaum dan etnik telah dilakukan semenjak merdeka lagi terutama dalam bidang pendidikan .Kurikulum pendidikan juga telah diubahsuai bagi pengenalan kepada unsur budaya pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di Negara kita. Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang berteraskan agama juga tidak ketinggalan dalam perancangan RMK10. Bantuan merupa dana tahunan disediakan untuk sekolah-sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga kepada sekolah mubaligh . Ia adalah bertujuan memupuk hubungan antara kaum dan etnik, supaya kaum-kaum lain yang terdapat di Negara kita tidak terasa dipinggirkan oleh kerajaan.


Satu daripada penanda aras atau indikator negara maju ialah penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang lengkap di samping rakyatnya sihat dan cerdas. Penyediaan kemudahan kesihatan yang menyeluruh serta bertaraf dunia telah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan sentiasa memastikan tidak ada kawasan atau rakyat yang tidak mendapat perkhidmatan kesihatan di negara ini. Sejak RMK pertama  hingga RMK10 perkhidmatan kesihatan sentiasa diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Banyak hospital, pusat kesihatan, klinik, klinik bergerak tidak ketinggalan juga hospital pakar telah banyak didirikan di setiap negeri dalam negara ini. Peruntukan yang berbilion ringgit setiap tahun telah diberi kepada sektor kesihatan bagi menjamin kualiti kesihatan kepada rakyat. Ia dalaha bertujuan menjamin kesihatan rakyat terjamin tanpa mengira bangsa contohnya dengan kewujudan Klinik 1 Malaysia. Tanpa mengira lokasi sama ada bandar, pedalaman atau taman perumahan, kerajaan sentiasa menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyat. Tidak ada mana-mana kawasan atau rakyat yang terpinggir daripada menikmati peluang kesihatan percuma di negara ini. Keprihatinan kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan bertujuan mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat, cergas dan mampu melaksanakan pembangunan untuk negara atau menyumbang secara yang mampu.

           
Kemewahan dan nikmat pembangunan yang dikecapi rakyat Malaysia kini telah menyebabkan pertambahan bilangan pesakit. Pelbagai penyakit sama ada kronik atau wabak semakin bertambah di negara ini menyebabkan kebanyakan hospital kerajaan menjadi sesak. Prihatin dengan situasi ini, kerajaan sentiasa menambah bilangan hospital dengan membina bangunan tambahan atau baru. Empat buah hospital baru dan empat yang akan dinaik tarafkan  telah disediakan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat yang memerlukan rawatan.Konsep kebudayaan nasional telah diperkenalkan pada tahun 1970 adalah bertujuan untuk memperkenalkan identity nasional. Di Negara kita kebudayaan nasional adalah berasaskan kebudayaan Melayu di samping menerima unsur-unsur kebudayaan lain.

           
ASAS PERPADUAN KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

            Pencapaian penyatupadukan kaum dan etnik di Negara kita jelas Berjaya apabila perkongsian kuasa politik telah terjalin dengan jayanya sebagai contoh dalam UMNO. Begitu juga dalam system demokrasi berpalimen yang diamalkan di Negara kita .Setiap ahli politik yang mewakili diberi kuasa untuk menyuarakan pendapat dari pelbagai etnik ,walau bagaimanapun masih terikat dengan undang-undang yang telah kita setujui bersama ketika perlembagaan Tanah Melayu hendak dibentuk dulu.  Setiap rakyat juga diberi kebebasan bersuara untuk menjaga kepentingan diri dan keluarga tetapi masih terikat dengan undang-undang dan peraturan tertentu . Semua ini bertujuan untuk menjaga intergrasi kaum dan hubungan etnik supaya sentiasa terjalin dengan muhibah.

           
Sebenarnya ekonomilah yang memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk integrasi kaum dan hubungan etnik yang mesra .Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan baik dapat meningkatkan perpaduan yang utuh. Disamping itu kerajaan juga dapat mengendalikan program ekonomi yang lebih berkesan, sebagai contoh komuniti kaum Melayu telah semakin maju dalam bidang ekonomi  dan terlibat aktif dalam bidang perniagaan. Melalui DEB yang mempunyai serampang dua mata juga telah Berjaya memenuhi keperluan semua kaum dan etnik dan tidak merugikan sesiapapun.

           
Tolak ansur dalam budaya juga telah menambahkan kemesraan antara kaum dan etnik apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa ibunda lain masih boleh digunakan dengan bebas tanpa sekatan. Kaum-kaum lain dan kumpulan etnik bebas mempelajari bahasa ibunda tanpa dikenakan hukuman. Begitu juga dengan amalan budaya lain masih boleh diteruskan oleh komuniti walaupun budaya Melayu jelas diamalkan di Negara kita. Tolak ansur ini bertujuan menjaga perasaan semua kaum dan etnik di Negara kita supaya semua prasangat dapat dihapuskan. Kerajaan juga tidak lupa menganjurkan kongsi raya bagi mewujudkan penyatuan dalam konsep 1 Malaysia. Begitu juga kunjungan muhibah yang diadakan sempena rumah terbuka setiap kali perayaan yang diadakan oleh Perdana Menteri dan ahli kabinet lain.

Permainan Tradisional Di Malaysia


PENGENALAN


Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, kabaddi, mahjong, dan lain-lain.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU


Sepak Raga

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.


Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA


Mahjong

Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian dan sebagai permainan komputer.


Go


Go ialah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang. Go juga dikenali sebagai wéiqí di dalam bahasa China. Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah. Go hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.


Xiang Qi

Xiangqi merupakan sebuah permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, oleh itu ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang paling popular di dunia. Ciri-ciri yang unik termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta "sungai" dan "istana" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.

Yo-yo Cina


Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.


JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA


Kho-kho

'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.
Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

Chaturanga


Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.

Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahwa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.

Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" berarti "memiliki empat bagian" dan dalam puisi epos kepahlawanan kata itu juga berarti "tentara." Nama itu sendiri bersumber dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India. Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang guna memperlihatkan kekuatan strategi militer India saat itu.

Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.

Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.

Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.




PERBEZAAN PERMAINAN DAHULU DAN SEKARANG

Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang
ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah, ataupun seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan permainan sekarang akan dibincangkan selepas ini.
Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara berkumpulan dimana mereka mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat, dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi permainan sekarang, biasanya adalah permainan komputer yang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu dilakukan oleh sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan hubungan antara manusia seperti permainan dahulu. Selain itu, permainan komputer akan menyebabkan ketagihan di kalangan pemain. Pemain yang terlalu ketagih kepada permainan tersebut tidak akan mempedulikan kesihatan mereka, tidak makan atau tidur semata-mata untuk bermain permainan tersebut.
Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan sekarang yang berunsur ganas seperti permainan-permainan komputer seperti counter strike yang bersifat ganas yang mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja lelaki. Ini dengan secara tidak langsung akan mencemarkan minda golongan orang muda zaman ini.


KESIMPULAN

Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat dibanggakan. Tetapi, adakah kita sedar yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman. Yang sedihnya ada dikalangan anak muda sekarang tidak mengenali permainan-permainan tradisional tersebut seperti congkak, layang-layang, gasing, wau dan sebagainya. Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama manusia, menyihatkan badan kerana mengeluarkan peluh dan dapat memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, Negara dapat mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Malangnya anak Malaysia tidak memikirkan tentang perkara tersebut mereka hanya inginkan keseronokan dan mengikuti segala perubahan teknologi terkini sehigga melupakan warisan yang perlu dijaga juga. Oleh itu, remaja boleh mengikuti dan meneruskan permainan berteknologi tapi pada masa yang sama masih lagi memelihara dan pertahankan warisan nenek moyang….

Makanan Tradisional Di Malaysia

Makanan Tradisional Pelbagai Kaum di Malaysia

Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang sungguh enak. Makanan merupakan salah satu perkara yang dapat menyatukan rakyat Malaysia menjadi 1Malaysia.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

NASI LEMAK

                                      

Nasi lemak merupakan salah satu makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Oleh itu, Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.


LEMANG


Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aildilfitri. Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini. Lemang merupakan hidangan istimewa di Malaysia. Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.

OTAK-OTAK

  
Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor”. Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Otak-otak  lebih enak dimakan ketika masih panas.



MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

KUIH BULAN


 Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur itik masin. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Banyak jenis inti boleh dijumpai di kuih bulan tradisional mengikut budaya setempat. Terdapat beberapa jenis inti yang terdapat dalam kuih bulan adalah pes biji teratai, pes kacang manis dan lain-lain.

ZONG ZI

  
Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Cina yang terbuat dari beras ketan dan dibungkus dengan daun buluh sertu dikukus dan digantung untuk dikeringkan. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 dalam kalender Lunar untuk memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu. Menurut legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencuba menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud memberi makan para ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah, bungkusan-bungkusan nasi itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang. ang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.

KUIH BAKUL



Kuih Bakul atau Nian Gao ialah makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Makanan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “Nian Gao” di mana perkataan gāo berbunyi sama dengan perkataan yang bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”. Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari Guangdong.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

MURUKU
Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepinya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai atau Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas menggunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku dibuat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.

ROTI  CANAI


Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti canai sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.


TOSAI

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar, sambal dari buah-buahan, acar India, kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Tosai diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.